Saya bersama rakan-rakan di sekolah telah pergi melawat ke Science Centre semalam. Kami harus berkumpul di bilik AVA pada pukul 9 pagi. Kami menaiki bas ke sana pada pukul 10.30 pagi.
Apabila tiba di sana, kami di ajak ke sebuah tempat yang menunjukkan keadaan dunia yang akan menghadapi " global warming". Saya sangat berasa khuatir dengan keadaan dunia sekarang. Kami di galakkan untuk menjaga alam sekitar. Selepas itu guru-guru kami membenarkan kami untuk membeli makanan di Mc Donald's. Saya hanya membeli sebiji burger ikan sebab Ibu telah membekalkan saya biskut dari rumah untuk di kongsi bersama kawan-kawan. Pada pukul 1.30 pm , kami sampai di sekolah dan pulang ke rumah.
Sunday, July 27, 2008
Hari Kebangsaan
Hari kebangsaan kita akan tiba tidak lama lagi. Tarikhnya ialah pada 9hb Ogos 2008. Singapura akan menyambut hari ulang tahunnya yang ke 43 tahun. Saya sungguh berbangga menjadi soerang rakyat Singapura yang aman dan damai. Saya juga sangat gembira kerana anak kepada Kak ani (sepupu saya) di lahirkan pada tanggal 9hb Ogos 2007. Dia akan berumur setahun pada hari kebangsaan nanti.
Saturday, July 26, 2008
Berbelanja di Raffles place
Saya sangat berasa gembira kerana saya telah mendapat tempat yang pertama di dalam peperiksaan pertengahan tahun kelas madrasah. Dengan itu Ibu dan bapa telah menghadiahkan saya dengan permainan kegemaran iaitu, Iron Monger dan Titanium man. Mereka mengajak saya ke Raffles City dan membelikannya di Robinson. Saya sangat sayang kepada Ibu dan bapa saya sebab mereka sangat baik hati.
Malam hari di mustapha centre
Papa saya telah mengajak kami pergi membeli-belah di Mustapha centre. Kami ke sana pada pukul 11 malam. Ada ramai orang di tempat itu. Saya suka ke sana kerana ada jual banyak barang serta mainan kegemaran saya. Barang-barang di situ sangat murah harganya. Kami ke sana kerana hendak membelikan abang kasut sekolahnya. Selepas habis membeli-belah, kami berasa sangat lapar dan terus ke kedai makan Teh-Tarik di Geylang Serai dan makan roti prata keju, abang saya makan nasi goreng ikan bilis dan datok saya hanya minum teh susu dan goreng pisang sahaja. Kami sampai ke rumah pada pukul 1.30 pagi. Walaupun saya berasa ngantuk, tetapi saya sangat seronok.
Thursday, July 24, 2008
Silakan menonton
Pada masa lapang, setelah saya habis membuat kerja rumah, Ibu akan membenarkan saya menonton cerita di komputer daripada youtube. Saya ingin kongsi petikan sebuah cerita yang bernama Kungfu Panda. Selamat Menonton!
http://youtube.com/watch?v=FU4MXcyNIEs&feature=related ( Bahagian satu)
http://youtube.com/watch?v=IpQYsGPQL6o&feature=related ( Bahagian Kedua)
http://youtube.com/watch?v=FU4MXcyNIEs&feature=related ( Bahagian satu)
http://youtube.com/watch?v=IpQYsGPQL6o&feature=related ( Bahagian Kedua)
Tuesday, July 22, 2008
Sunday, July 20, 2008
Melancong ke Turkey
Pada bulan Disember yang lepas, saya telah melancong ke Turki bersama keluarga. Cuaca di Turki sangat dingin pada masa itu. Saya telah melawat Troy, Bordrum, Pamukkale, Canakkale, Bursa,Fetiye dan Istanbul. Kami berada di Turki selama 11 hari. Pemandangan di Turki sangat cantik. Saya nampak batu-batu putih di Pamukkale yang di perbuat daripada kalsium. Saya juga dapat bermandi-manda di air panas gunung. Saya nampak salji jatuh dari langit pada pertama kalinyanya. Di Turki saya juga sempat berkawan dengan seorang pemandu pelancong bernama Atilla Mahir.Kami masih berhubungan melalui email. Saya suka Turki kerana negeri itu sangat cantik dan bersih. Di bawah, ada beberapa keping gambar yang saya ingin kongsi bersama.
Saya bersama Abang di luar Masjid Biru
Pemandangan Daripada atas batu-batu putih
Saya bersama abang merendamkan kaki di dalam air yang mengandungi kalsium
Saya di Bordrum
Bergambar di Troy
Saya kesejukkan di atas kapal
Salji di tepi-tepi jalan raya
Saya dan keluarga
Inilah Atilla Mahir, Kawan saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)