Saturday, July 26, 2008

Malam hari di mustapha centre

Papa saya telah mengajak kami pergi membeli-belah di Mustapha centre. Kami ke sana pada pukul 11 malam. Ada ramai orang di tempat itu. Saya suka ke sana kerana ada jual banyak barang serta mainan kegemaran saya. Barang-barang di situ sangat murah harganya. Kami ke sana kerana hendak membelikan abang kasut sekolahnya. Selepas habis membeli-belah, kami berasa sangat lapar dan terus ke kedai makan Teh-Tarik di Geylang Serai dan makan roti prata keju, abang saya makan nasi goreng ikan bilis dan datok saya hanya minum teh susu dan goreng pisang sahaja. Kami sampai ke rumah pada pukul 1.30 pagi. Walaupun saya berasa ngantuk, tetapi saya sangat seronok.

No comments: