Pada bulan Disember yang lepas, saya telah melancong ke Turki bersama keluarga. Cuaca di Turki sangat dingin pada masa itu. Saya telah melawat Troy, Bordrum, Pamukkale, Canakkale, Bursa,Fetiye dan Istanbul. Kami berada di Turki selama 11 hari. Pemandangan di Turki sangat cantik. Saya nampak batu-batu putih di Pamukkale yang di perbuat daripada kalsium. Saya juga dapat bermandi-manda di air panas gunung. Saya nampak salji jatuh dari langit pada pertama kalinyanya. Di Turki saya juga sempat berkawan dengan seorang pemandu pelancong bernama Atilla Mahir.Kami masih berhubungan melalui email. Saya suka Turki kerana negeri itu sangat cantik dan bersih. Di bawah, ada beberapa keping gambar yang saya ingin kongsi bersama.
Saya bersama Abang di luar Masjid Biru
Pemandangan Daripada atas batu-batu putih
Saya bersama abang merendamkan kaki di dalam air yang mengandungi kalsium
Saya di Bordrum
Saya kesejukkan di atas kapal
Salji di tepi-tepi jalan raya
Inilah Atilla Mahir, Kawan saya.
1 comment:
sAlam adik
td akak search nama Atilla Mahir, then terjumpa blog ni
akak pun pergi turki gak tahun 2008 and uncle atilla ni la yang jd tour guide kitaorang
Post a Comment